Duterte pertahan langkah lanjutkan penutupan Cebu

PRESIDEN Filipina mempertahankan penutupan ketat bandar Cebu yang disifatkannya sebahai hotspot baru COVID-19, sementara ibu kota dan seluruh negara diletakkan dalam tempoh kuarantin yang lebih ringan.

Rodrigo Duterte membuat pengumuman itu pada Selasa malam dan mendakwa tempoh darurat dan kuarantin selama tiga bulan yang dikuatkuasakan sebagai berjaya.

Namun, pengkritik menyifatkan pelaksanaan itu sebagai gagal dan mengelirukan.

Filipina merupakan antara negara yang mempunyai kes COVID-19 tertinggi di Asia Tenggara dengan lebih 37,500 kes positif dan 1,266 kematian.

Duterte menyalahkan Bandar Cebu, yang akan ditutup sehingga 15 Julai ini kerana melanggar peraturan yang menyebabkan lonjakan jangkitan.

“Cebu kini menjadi hotspot untuk COVID. Mengapa? Ramai di antara kamu yang tidak patuh (larangan). Jadi jangan marah saya,” katanya.

Filipina menutup sebahagian besar perniagaan pada Mac namun membuka semula ekonomi baru-baru ini ketika pengangguran meningkat dan dana kerajaan semakin berkurangan untuk  mendapatkan wang tunai dan bantuan makanan untuk orang miskin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here