Mak Cik Gelang Pink Dipenjara Sehari, Denda RM8,000

‘Mak Cik Gelang Pink’ dijatuhi hukuman penjara satu hari dan denda RM8,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tidak mematuhi perintah kuarantin di rumah yang dikenakan terhadapnya pada 6 Julai lalu.

Tertuduh, Nur Emah Mohamad Hashim, 72, mengaku bersalah di hadapan Majestrit Nabihah Mohd Noor selepas pertuduhan tersebut dibacakan keatasnya di Mahkamah Majestrit, di sini, hari ini.

Tertuduh yang hadir dengan berjubah hitam bagaimanapun menangis selepas pertuduhan dikenakan keatasnya.

Terdahulu, tertuduh didapati telah ke Restoran Hanaz Cafe di Halaman Meru Permai bersama keluarga selepas tiba dari Selangor untuk bersarapan sebelum menjalani kuarantin di rumahnya.

Tindakan wanita berkenaan didapati dia tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Subseksyen 15.(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah menerima aduan mengenai satu gambar viral di media sosial seorang wanita melayu memakai gelang perintah pengawasan di rumah telah tidak berada di alamat yang diperintahkan dan didapati keluar makan di sebuah restoran.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa di Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Ahmad Fakurazi Abu Bakar dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Semasa prosiding berlangsung, Ahmad Fakurazi telah meminta mahkamah supaya menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada tertuduh.

Dalam proses rayuan, wanita tersebut bagaimanapun memohon agar hukuman keatasnya diringankan kerana kesalahan tersebut adalah kesalahan pertamanya selain keadaan kesihatannya yang tidak baik.

Dia telah dituduh melakukan satu kesalahan di bawah Subseksyen 22.(b), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24.(a), Akta yang sama.

Tertuduh dilaporkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari United Kingdom pada 4 Julai dan perlu menjalani kuarantin sehingga 18 Julai.

Menurut laporan satu akhbar, saringan kedua selepas 13 hari menjalani kuarantin mendapati wanita tersebut positif Covid-19 dan telah dimasukkan ke hospital sejak 17 Julai lalu untuk jalani rawatan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here