Gempa bumi di Semporna

Satu gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter dikesan berlaku di Semporna, Sabah pada jam 10.01 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa berlaku pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 14 kilometer barat dari Semporna, Sabah.

Menurutnya, berdasarkan penilaian awal, gegaran mungkin turut dirasai penduduk.

“Keadaan ini akan terus dipantau,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here