Lelaki maut tersepit di celahan pokok

Seorang pemotong pokok ditemui maut tersepit di celahan sebatang pokok dalam satu kejadian yang berlaku di sebuah sekolah sekitar Sungai Pelek sebentar tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.38 pagi sebelum sepasukan anggota ke lokasi terlibat bagi melakukan tugas-tugas menyelamat.

Beliau berkata, sewaktu tiba, pasukan penyelamat mendapati seorang lelaki tersepit di celahan sebatang pokok yang berketinggian tiga meter.

“Sewaktu tiba, anggota cuba menurunkan lelaki terbabit dan dia dipercayai telah meninggal dunia.

“Bagaimanapun, JBPM masih menunggu pengesahan kematian daripada pihak hospital,” katanya.

Hafisham berkata, siasatan mendapati tiada sebarang unsur bunuh diri dalam kejadian itu.

Tambah beliau, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here