MPKL sita tapak pelupusan sampah haram

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dengan kerjasama Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat menyita tapak pelupusan sampah haram di kawasan Kampung Olak Lempit, Banting semalam.

Yang dipertuanya berkata siasatan mendapati tanah tersebut dijadikan tapak pelupusan dengan membenarkan orang lain membuang sampah haram sejak beberapa bulan lalu.

“MPKL mengeluarkan dua notis kesalahan di bawah UUK 4 dan UUK 21(1) Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MDKL 2007,” kata Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim dalam kenyataan.

Beliau berkata pihaknya turut menyita sebuah jentolak dan beberapa peralatan lain yang digunakan di tapak pelupusan sampah haram dalam operasi tersebut.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Tindakan Alam Sekitar Kuala Langat atas maklumat yang diberikan,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan sampah haram kepada MPKL di talian 03-31872825 atau melalui Sistem Pengurusan Aduan Selangor (SISPAA).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here