Pelancongan Sekinchan tingkat pendapatan penduduk

Sektor pelancongan di Sekinchan berteraskan pertanian, perikanan, industri asas tani serta perusahaan kecil dan sederhana berjaya meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

Wakil rakyatnya Ng Suee Lim berkata pendapatan kebanyakan peniaga kerepek dan kuih tradisional serta produk kraftangan suri rumah mencecah RM5,000 sebulan berbanding RM2,000 sebelum ini.

“Produk makanan di Sekinchan seperti kuih kapit, bahulu, dodol, kerepek pelbagai perisa atau tanaman seperti pisang, jambu, mangga dan kelapa mendapat permintaan tinggi.

“Ini yang kita hasratkan iaitu aktiviti pelancongan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan semua sektor seperti pengusaha inap desa, restoran, pengangkutan dan pembuatan.

Suee Lim berkata pihaknya menganjurkan kursus usahawan percuma dalam tempoh terdekat bagi meningkatkan daya saing golongan tersebut terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

“Kita sedang merangka kursus untuk program ini dan buat permulaan seramai 30 usahawan di Sekinchan akan dipilih mengikutinya.

“Kita mahu usahawan meningkatkan kemahiran perniagaan dalam talian yang mampu menjana pendapatan berganda dan langkah ini selaras komitmen Kerajaan Negeri untuk memajukan bidang keusahawanan di kawasan luar bandar,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here