MUSANG KING MENANGIS DI RAUB

Petani dusun durian Musang King di Raub, Pahang tertekan dan tertindas oleh pembulian yang didakwa dilakukan oleh pihak Kerajaan sendiri, melalui syarikat usahasama (joint-venture atau JV).

Kalau betul laporan Malay Mail, syarikat JV yang kejam ini adalah antara kerajaan negeri. 

Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah, kata Laksamana Bentan. Sultan Mahmud mangkat dijulang. Di era pemerintahan moden sekarang, tiada siapa mahu melihat perkara seperti ini berulang.

Kita juga bimbang pihak eksekutif pentadbiran kerajaan negeri telah memberi nasihat yang salah kepada pihak Istana.

Memeras dengan cara mengenakan caj yang bukan-bukan.

Pengusaha pokok durian bertahun-tahun memohon dengan kerajaan negeri tetapi tidak dilayan. Syarikat JV dapat kebenaran penggunaan tanah bagai sekelip mata pula. Mengaut keuntungan tanpa perlu kerja kuat, kepakaran dan usaha gigih.

Bagaimanapun, pihak Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Pahang wajar diberi peluang dan ruang seluas-luasnya untuk menyampaikan penjelasan kepada orang ramai berkenaan isu ini. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here