Tiada Lesen Yang Sah- Gerai Warga Asing Di Wangsa Maju dipecah

Dua gerai milik warga asing telah digempur penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu operasi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

DBKL menerusi satu kenyataan berkata, kedua-dua premis berkenaan adalah gerai menjual masakan panas dan nasi berlauk di Jalan Prima Setapak.

“Pemantauan dan pemeriksaan oleh DBKL mendapati kedai-kedai tersebut dijalankan oleh warga asing, Indonesia serta tidak mempunyai lesen sah daripada DBKL.

“Sehubungan dengan itu, tindakan menutup serta-merta (sealed) dan sitaan di bawah Seksyen 101 (1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dilaksanakan,” kata kenyataan tersebut, semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here