Polis sekat jalan ke ladang Musang King di Raub

Pihak berkuasa mula membuat sekatan di jalan masuk ke ladang-ladang durian haram di Raub, Pahang, pagi ini.

Beberapa orang pekebun memberitahu  mereka melihat kira-kira 20 orang anggota polis tiba di Kampung Sungai Chalit dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.

Kerajaan Pahang sebelum ini dilaporkan berkata akan bertindak terhadap semua kebun haram di Kampung Sungai Ruan dan Kampung Chalit, Raub bermula semalam.

Pekebun mendakwa mereka menduduki tanah kerajaan berkaitan sejak 70-an melalui Rancangan Buku Hijau kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun kerajaan negeri menganggapnya sebagai pencerobohan dan mahu melakukan pemutihan dengan memajakkannya kepada Royal Pahang Durian Produce-PKPP Sdn Bhd (RPDP-PKPP).

Menurut laman web RPDP, syarikat itu dipengerusikan oleh puteri Agong, Tengku Puteri Iman Afzan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here