Perkembangan Perlombongan Bijih Timah Di Klian Intan

Klian Intan merupakan salah sebuah kawasan yang dikenali sebagai kawasan perlombongan bijih timah yang terletak di negeri Perak dan boleh dikatakan sebagai tapak perlombongan yang tertua di Perak. Klian Intan pada abad ke-17 masihi sangat dikenali ramai termasulah dalam kalangan para pedagang Portugis yang memiliki penempatan di Melaka.

Kawasan perlombongan tertua ini bergitu kaya dengan hasil bijih timah telah menyebabkan ramai dalam kalangan para pedagang Portugis telah membuat catatan awal bagi mengambarkan mengenai kawasan tersebut sebagai sebuah kawasan yang sangat berkembang pesat melalui aktiviti perdagangan biji timah .

Perak semakin terkenal dengan dunia luar sebagai pengeluar bijih timah. Ini terbukti pada era portugis memerintah Melaka [2]. Negeri Perak dibuka sekitar abad ke-16 Masihi dan memiliki peranannya yang tersendiri iaitu sebagai negeri utama yang membekalkan bijih timah kepada pedagang Barat terutamanya para pedagang Portugis yang singgah di pelabuhan Melaka [3].

Perak pada awalnya merupakan sebuah penempatan yang kecil di sepanjang Hulu dan juga Hilir Perak kemudiannya semakin bertambah jumlah penduduknya. Menurut catatan Tome Pires pada tahun 1515 penduduk negeri Perak dianggarkan berjumlah sekitar 200 orang sahaja.

Namun bergitu setelah dibuka sebagai sebuah negeri, laporan Belanda telah menjelaskan bahawa penduduknya semakin meningkat kepada 5000 orang pada tahun 1621.

Perak sering kali dilawati dan merupakan pelabuhan utama untuk perdagangan bijih timah. Disini dijumpai sekitar banjaran gunung yang terdapat lombong-lombong bijih timah yang besar sehingga tiap-tiap tahun lebih daripada 300 bahara* [4] bijih timah dibekalkan pada kapten Melaka dan para saudagar dari negara India.

Pekan Klian Intan juga sememangnya pernah mencuri perhatian akhbar yang telah melaporkan mengenai pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu Chin Peng yang pernah berada di Klian Intan sebelum dibawa ke Baling bagi menghadiri sebuah event yang bersejarah iaitu Peristiwa Baling 1955. Penulis ingin memetik kata-kata Chin Peng sendiri berhubung dengan kenyataan tersebut melalui karya Chin Peng: My Side of History.

Pada peringkat awal aktiviti melombong bijih timah di Klian Intan hanya dijalankan di lembah-lembah Gunung Paku. Namun bergitu, bahagian atas gunung tersebut boleh dikatakan bahawa tidak pernah diusik walaupun diketahui memiliki banyak biji timah yang belum diterokai .

Hal ini berlaku demikian kerana para pekerja lombong bimbang sekiranya mereka menerokai bahagian atas gunung akan menganggu ketenteraman Jin-Jin penunggu gunung (mengikut kepercayaan mereka).

Pada waktu itu kefahaman masyarakat yang beragama Islam secara umum adalah hanya sekadar berkaitan dengan soal ibadah sahaja. Hal ini tidak hairan apabila wujud kepercayaan tersebut .

The local hereditary “Pawang” climbed to the top of the hill periodically sacrifice a buffalo to the Jin.

Klian Intan memainkan perananya yang tersendiri pada satu masa dahulu yang juga mewujudkan pertikaian isu sempadan terutamanya antara penduduk Perak dengan Reman yang bakal dibincangkan pada huraian seterusnya. Sehingga tahun 1963, aktiviti perlombngan biji timah di Klian Intan dipercayai telah berlangsung lebih daripada 100 tahun.

Menariknya, kewujudan hasil bijih timah ini telah memberikan manfaat kepada penduduk Klian Intan terutamanya melalui Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd yang kekal beroperasi sehingga hari ini.

Antony Werndly pada tanggal 10 September 1770 telah mengemukakan cadangan kepada pihak berkuasa negeri Perak agar mereka mengambil tindakan yang lebih berkesan terhadap kawasan perlombongan yang berperanan untuk membekalkan bijih timah kepada para pedagang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here