Khairy nafi kerajaan PN tumbang

Menteri Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional, Khairy Jamaludin menafikan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin jatuh sebagaimana yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

“Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Tidak ada apa-apa yang tumbang atau jatuh,” tulis Khairy, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu melalui twitter beliau.

Khairy dipercayai mengulas pengumuman Anwar hari ini bahawa kerajaan Tan Sri Muhyiddin jatuh apabila beliau mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen hari ini.

“Dengan sokongan majoriti selesa ini, kerajaan Tan Sri Muhyiddin jatuh,” umum Anwar dalam sidang media beliau sekejap tadi.

Anwar berkata, beliau telah diperkenankan untuk menghadap Yang Dipertua Agong semalam tetapi terpaksa ditangguhkan apabila baginda terpaksa masuk ke IJN untuk menerima rawatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here