Alami pengalaman menarik di Taman Virtual Stem

Pastikan anak tidak terlepas peluang dan pengalaman Taman Permainan Virtual Stemkerana pengisian yang disampaikan secara interaktif dan simulatif.

Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Taliff Salleh berkata, kerajaan mahu anak negeri ini menyedari betapa pentingnya pendidikan Stem untuk pembangunan bakat mereka dalam era digital.

Kata Len, kebanyakan aktiviti fizikal yang dirancang pada 2020 terpaksa dibatalkan susulan Covid-19. Meskipun begitu jelasnya, Tegas menganggap pandemik Covid-19 cabaran yang perlu diatasi.

“Justeru, Tegas mengambil inisiatif untuk menukar platform penyampaian pengisian secara fizikal kepada secara digital.

“Malah daripada 40,000 pelanggan secara fizikal melalui platform digital, capaian taman itu dijangka boleh mencapai 100,000 ke 150,000 pelanggan,” katanya pada Majlis Perasmian Taman Permainan Virtual Stem 2020 yang disiarkan secara langsung di Facebook Tegas pada Isnin.

Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Len yang juga Pengerusi Tegas berkata, program ini akan bermula pada 28 September sehingga 4 Oktober ini dibuka selama 24 jam.

Beliau memberitahu, para pengunjung boleh mengakses pada bila-bila masa sahaja mengikut masa keselesaan mereka sendiri.

Tambahnya, untuk mengakses Taman Permainan Virtual Stem ini, pengunjung hanya perlu pergi ke laman web stemplayground.my dan mendaftar maklumat diri, kemudiannya ikuti proses seterusnya.

“Layarilah laman web Taman Permaian Stem dan pelajari ala belajar mengenai STRM yang inovatif yang tidak terdapat di bilik darjah,” ujarnya.

Len memberitahu, taman permainan itu mengandungi strategi pembelajaran seperti eksperimen, demostrasi, forensik, ceramah, bengkel dan galeri fakta Stem.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here