Tourism Selangor tutup dua taman eko rimba

Tourism Selangor menutup Taman Eko Rimba Kanching, Rawang dan Taman Eko Rimba Chongkak Park Resort, Hulu Langat kepada orang ramai bermula hari ini hingga 27 Oktober.

Agensi itu dalam kenyataan memaklumkan penutupan sementara lokasi berkenaan selaras dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Kedua-dua taman eko rimba ini akan menyambung semula operasi bermula 28 Oktober.

“Segala kesulitan yang timbul dari notis penutupan sementara ini adalah amat dikesali,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here