KKM kesan kluster Jambu, Bah Mutiara di Hulu Langat

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan dua lagi kluster baharu di Selangor membabitkan daerah Hulu Langat.

Ketua pengarah kesihatan berkata kluster Jambu dan Bah Mutiara itu mencatatkan 25 kes positif Covid-19 setakat hari ini.

“Kes indeks kluster Jambu dikesan ketika melakukan saringan pra pembedahan pada 16 Oktober lalu, 15 disahkan positif dengan enam kes dilaporkan hari ini.

“Kluster Bah Mutiara bermula daripada kes ke-10,507 yang pulang dari Sabah. Kluster ini menyebabkan sembilan kontak rapat turut positif selain melibatkan daerah Titiwangsa dan Lembah Pantai, Kuala Lumpur,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini.

Menurutnya, seramai 235 individu berkaitan dua kluster itu telah menjalani saringan dan 210 masih menunggu keputusan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here