Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, menjalani kuarantin selepas kontak beliau disahkan positif koronavirus (Covid-19).
Beliau menjelaskan bahawa dirinya tidak mengalami sebarang gejala setakat ini.
“Saya sihat dan tidak mengalami gejala, namun akan menjalani kuarantin kendiri selama beberapa hari sejajar dengan protokol WHO, serta bekerja dari rumah,” katanya menerusi Twitternya.





















