Covid-19: Presiden Panama jalani kuarantin kendiri

Presiden Panama Laurentino Cortizo melakukan kuarantin kendiri berikutan mempunyai kontak dengan pegawai pentadbirannya yang dijangkiti koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Sputnik.

“Kami memaklumkan presiden republik, Laurentino Cortizo Cohen, tidak dapat hadir secara peribadi dalam majlis pada 3 dan 4 November kerana pegawai rapat pentadbiran presiden disahkan positif Covid-19,” kata pejabat presiden di Twitter.

Pejabat itu mengatakan presiden telah mengambil ujian SOFIA dan PCR dan kedua-duanya negatif.

Bagaimanapun, Cortizo akan tetap menjalankan kuarantin kendiri selama beberapa hari sehingga keputusan ujian lain.

Menurut Kementerian Kesihatan Panama, sebanyak 134,915 kes Covid-19 telah disahkan, daripada jumlah itu pesakit seramai 19,630 manakala 2,720 meninggal dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here