Lima kedai musnah terbakar

Sebanyak lima buah kedai dua tingkat musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Baru Benta, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kebakaran melibatkan premis separuh kekal musnah kira-kira 90 peratus.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, seramai empat pegawai dan 19 anggota membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis dan dibantu BBP Raub.

Menurutnya, operasi turut menerima bantuan daripada tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kuala Gali bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai insiden tersebut.

 Sebanyak lima buah kedai dua tingkat musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Baru Benta, di sini malam tadi.

“Dua buah jentera FRT dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terlibat dalam operasi pemadaman terbabit.

“Sampai di tempat kejadian mendapati kebakaran melibatkan lima buah kedai dua tingkat separuh kekal yang berkeluasan 100 kaki X 60 kaki.

“Kebakaran dapat dikawal kira-kira jam 8.46 malam dan tidak membabitkan sebarang nyawa. Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here