Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas disahkan positif Covid-19 hari ini. Dalam kenyataan, pejabatnya berkata, bekas perdana menteri itu akan berada bawah pemantauan selama beberapa hari, atas nasihat pasukan kesihatan.



















