TNB santuni pendayung sampan santuari kelip-kelip terjejas

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyantuni 36 pendayung sampan Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor ekoran pendapatan mereka terjejas akibat wabak Covid-19.

Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) Datuk Omar Sidek berkata sumbangan berjumlah RM25,500 disampaikan dalam satu majlis pada 17 Disember lalu.

“TNB peka dengan keadaan ekonomi pendayung sampan di Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan yang tidak lagi menerima kedatangan pengunjung seperti dahulu.

“Sebagai melaksanakan tanggunjawab sosial, TNB menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka yang terjejas agar dapat bangkit semula dengan lebih kuat apabila keadaan mengizinkan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Omar, Kampung Kuantan merupakan kampung angkat TNB selaras dengan keprihatinannya terhadap masyarakat setempat dan alam sekitar bagi manfaat generasi akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here