Terkandas Di Jalan Kuala Lipis-Raub

Seperti yang kita sedia maklum, beberapa negeri kini sedang dilanda banjir yang teruk sehingga menyebabkan tanah runtuh dan beberapa jalan utama ditutup akibat dinaiki air.

Rata-ratanya pengguna lebuh raya yang ingin pulang ke destinasi masing-masing terpaksa menggunakan jalan kampung sebagai jalan alternatif.

Namun begitu, mereka terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh selain terperangkap di dalam kesesakan yang teruk akibat banyak kenderaan menggunakan jalan yang sama.

Malah, tiada kawasan rehat dan rawat (R&R) untuk berhenti mengisi minyak atau melapik perut yang lapar setelah seharian meredah hujan.

Begitulah yang terjadi menerusi perkongsian oleh seorang individu di Twitter @imimaysrunnia, apabila ibu bapa mertuanya mengalami situasi yang sama, terperangkap di Jalan Kuala Lipis-Raub selama 24 jam tanpa bekalan makanan.

Mujurlah, iu bapa mertuanya yang kebetulan membawa ikan segar bertindak berkongsi rezeki dengan pengguna lebuh raya lain yang turut terperangkap di kawasan yang sama.

Mereka bergotong-royong dengan mencari kayu api dan membakar ikan di tepi lebuh raya sebelum menjamah hidangan ikan bakar tersebut beramai-ramai. Memang epik!

Warganet yang membanjiri ruangan komen memuji sikap rakyat Malaysia yang bersatu walau tidak mengenali antara satu sama lain.

Ianya akan menjadi pengalaman paling bernilai untuk dikenang dan diceritakan kepada generasi akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here