Lembu di Selangor bebas jangkitan hawar berdarah

Ternakan lembu atau kerbau di Selangor masih selamat daripada jangkitan Haemorrhagic Septicemia (HS) atau wabak hawar.

EXCO Pertanian, Ir Izham Hashim berkata setakat ini pihaknya belum menerima laporan kematian ternakan berhubung wabak itu.

“Selangor dah lama tak ada kes ini. Bagaimanapun kita ambil langkah berjaga-jaga dan memantau semua ternakan bagi elak jangkitan berlaku.

“Punca daripada bakteria Pasteurella Multocida Carters Type B, menyebabkan lembu dan kerbau demam panas. Haiwan dijangkiti virus ini kebanyakkannya mati di kawasan air kerana nak sejukkan badan,” katanya.

Minggu lalu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu mengesahkan 41 kerbau milik Muhammad Syukur Khamis, 15, atau lebih dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’ mati disebabkan penyakit hawar berdarah.

Penyakit itu dikesan sejak Ogos dan pulih sementara sebelum kembali dikesan pada 12 September.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here