Amuk musnah pusat judi

Puluhan wanita di Lingkungan 10, Medan Labuhan, Sumatera Utara, Indonesia sepakat ke premis judi dan menghancurkan mesin permainan di dalamnya bagi mengelak anak dan suami mereka terus terbabit kegiatan itu.

Tribun News melaporkan kisah itu tular di laman sosial selepas seorang daripada mereka merakam dan memuat naik videonya di Facebook (FB).

Ketua Penduduk Lingkungan 10, Nurbaiti ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara itu.

“Tindakan itu tidak hanya dilakukan di Lingkungan 10, tetapi di kawasan berhampiran iaitu Lingkungan 11 dan 12.

“Puncanya kerana kami tidak senang melihat kegiatan judi di situ berterusan tanpa tindakan tegas daripada polis.

“Lagipun, tapak judi itu dibuka 24 jam dan kami khuatir sekiranya anak dan suami berterusan terjebak kegiatan berkenaan,” katanya.

Menurut Nurbaiti, pihaknya melakukan desakan dengan menghantar surat supaya tapak berkenaan ditutup.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here