India rai pelantikan Kamala Harris

Penduduk kampung keluarga Kamala Harris meraikan pelantikannya sebagai naib presiden AS hari ini dengan mercun dan berkongsi manisan.

Thulasendrapuram, kampung yang terletak kira-kira 320 km ke selatan Chennai adalah tempat kelahiran datuk Harris lebih seabad lalu.

Kalendar memaparkan wajah Biden dan Harris diedarkan ke seluruh kampung itu oleh sebuah koperasi.

 “Seorang ahli politik tempatan melakukan upacara khas dan penduduk mengagihkan manisan serta bermain mercun sejak pagi,” kata pemilik kedai runcit G Manikandan.

Senario itu amat berbeza berbanding di Washington yang dikenakan kawalan ketat akibat isu keselamatan dan ancaman virus korona, di mana Biden dan Harris dijadualkan mengangkat sumpah.

Harris yang berketurunan India dan Jamaica melawat Thulasendrapuram ketika berusia lima tahun dan pernah menceritakan kenangan berjalan di tepi pantai bersama datuknya di Chennai.

Selain itu, seorang artis Sudarsan Pattnaik mencipta arca diperbuat daripada pasir memaparkan Biden dan Harris.

Harris adalah wanita pertama, serta berketurunan Afrika Amerika dan Asia Amerika pertama bakal memegang jawatan kedua tertinggi di AS itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here