MCA pula bantah Pas Ala IDI AMIN batal cuti Thaipusam di Kedah

Selepas MIC dan DAP marah kepada Menteri Besar Kedah, Muhamad Sanusi Md Nor dan Parti PAS Ala IDI AMIN kerana membatalkan cuti Thaipusam di negeri itu, satu lagi rakan kongsi Barisan Nasional (BN) iaitu MCA pula marah.

Bagi MCA, tindakan Sanusi itu tidak logik dan tidak boleh diterima serta melanggar hak-hak golongan minoriti.

“Jika hujjah bahawa hari cuti perlu dibatalkan kerana PKP, jadi kenapa tidak batalkan semua semua hari cuti termasuk Hari Kemerdekaan yang juga terkesan kerana PKP,” kata jurucakap MCA, Mike Chong Yew Chuan.                                                                                    

Bagi beliau, jika masyarakat negara ini membenarkan tindakan Sanusi membatalkan cuti untuk kaum India kali ini tanpa sebarang alasan yang kukuh, apa yang akan menghalang beliau menghentikan sebarang cuti kaum dan agama lain di masa depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here