ADAKAH MALAYSIA NEGARA DUNIA KETIGA SEHINGGA PESAKIT MEMBANJIRI PUSAT PENILAIAN?- LEE BOON CHYE

Kuala Lumpur, 14 Julai-

Bekas  Timbalan Menteri Kesihatan Dr. Lee Boon Chye menyatakan rasa terkejut dengan keputusan kerajaan untuk membenarkan pesakit Covid-19 berkumpul di arena stadium Melawati untuk ujian penilaian kesihatan semalam.

Katanya, langkah itu menunjukkan Malaysia sebagai negara dunia ketiga tanpa perkhidmatan internet.

Dia mencadangkan agar pesakit  Covid-19 dapat melakukan ujian penilaian kesihatan secara maya serta online melalui membuat panggilan video, WhatsApp atau SMS dengan pegawai perubatan. 

Dia mengulas bahawa pesakit covid-19 tidak perlu pergi ke pusat-pusat  penilaian kerana mereka perlu dikuarantinkan diri di rumah atau dimasukkan ke hospital. Gejala ini akan merumitkan situasi di mana kesnya melonjak lebih 11, ooo mulai semalam. 

Lee juga menyarankan agar seorang pegawai perubatan dapat menghubungi orang yang telah terdaftar di Mysejahtera dengan panggilan video untuk mengesahkan jangkitan dan menasihati pesakit tersebut.

Warga emas yang menghadapi masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis serta boleh dihantar ke Hospital. Manakala pesakit muda-mudi disarankan boleh mengasingkan diri  di rumah masing-masing.  

Pegawai kesihatan boleh menasihati para pesakit dengan memberi nasihat kesihatan secara online. Hanya mereka yang tidak mempunyai perkhidmatan sambungan internet dan kurang mahir dalam pengendalian talian digalakan ke pusat penilaian berhampairan. 

“Dengan ini dapat mengurangkan sesakan pesakit sebanyak 50 hingga 90 peratus” kata ahli Parlimen Gopeng itu.

Amat mengejutkan gejala 4000 para pesakit Covid-19 yang membanjiri  menunggu di arena Shah Alam Melawati sehari sebelumnya untuk ujian penilaian kesihatan Covid-19 yang  menjadi viral di laman sosial.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here