Pasangan positif Covid-19 kahwin di hospital

Hasrat untuk memeterai perkahwinan ketika musim pandemik Covid-19 akhirnya tercapai walaupun rancangan asal majlis itu sepatutnya berlangsung pada Jun depan.

Pasangan dari United Kingdom (UK), Elizabeth Kerr dan Simon O’Brien berkahwin di Milton Keynes University Hospital, selatan England selepas kedua-duanya yang dijangkiti Covid-19 dikejarkan di dalam ambulans sama ke pusat rawatan terbabit berikutan paras oksigen mereka menurun pada tahap terendah.

Keadaan kedua-duanya dilaporkan semakin serius hingga kakitangan perubatan memutuskan untuk segera melangsungkan perkahwinan pasangan itu malah mereka juga menangguhkan pemindahan O’Brien ke unit rawatan rapi (ICU) yang memerlukan intubasi pada 12 Januari lalu.

“Pihak hospital tangguhkan prosedur itu selama sejam bagi membolehkan kami berkahwin.

“Dia kemudiannya diberikan sedatif dan diberikan bantuan ventilator sejurus saya ucapkan ‘saya sudi’ ketika melafazkan ikrar perkahwinan kami,” kata Kerr sambil menggenggam erat tangan suaminya.

Ketika ini, tahap kesihatan O’Brien dilaporkan semakin baik walaupun masih memerlukan bantuan oksigen.

“Kami masih perlu menunggu tempoh beberapa hari lagi untuk ciuman pertama,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here