Pemeriksa kontena maut dilanggar forklift

Shah Alam, Sep-

Seorang pemeriksa kontena maut dilanggar forklift di premis sebuah syarikat di Banting, petang kelmarin.

Kejadian jam 3.14 petang itu ketika mangsa, lelaki tempatan berada di depan kontena dan sedang merakam gambar.

Menurut Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa mangsa dilanggar forklift yang sedang bergerak ke arahnya.

“Ketika itu, clamper pada forklift sedang dipusingkan dan menghalang pandangan pemandunya,” menurut jabatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, berkata pihaknya menerima panggilan MERS 999 kira-kira jam 4.04 petang hari sama yang memaklumkan satu kemalangan maut berlaku membabitkan sebuah kenderaan iaitu forklift dan seorang pekerja (pejalan kaki) di kilang berkenaan.

Akibat kemalangan itu, mangsa yang berumur dalam lingkungan 20-an tercampak dan jatuh di permukaan jalan serta mengalami kecederaan di bahagian dada, manakala pemandu forklift yang berumur30-an tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Akmalrizal berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan oleh penolong pegawai perubatan Hospital Banting,

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu dan membahayakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here