5 wanita yang melakukan ‘kerja gila’ bersantai di luar balkoni ditangkap

Lima wanita warga Indonesia ditahan polis susulan video tular mereka berada di luar balkoni tingkat enam sebuah pangsapuri di Taman Seri Bayu Puteri, Johor Bahru, hari ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Mohd Padzli Mohd Zain, berkata semua yang berusia antara 20 hingga 26 tahun itu ditahan pada 12.10 tengah hari tadi.

Katanya, hasil semakan mendapati kejadian itu berlaku di tingkat enam sebuah pangsapuri kira-kira 10 pagi semalam. Bertindak atas maklumat, anggota dari Balai Polis Taman Pelangi, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan membuat serbuan dan menahan semua yang dipercayai suspek tular dalam video itu.

Pemeriksaan dijalankan mendapati semua suspek memiliki dokumen diri, selain tidak mempunyai rekod jenayah lampau, katanya dalam kenyataan. Pazli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya.

Terdahulu, tular video memaparkan beberapa wanita dipercayai warga asing melakukan perbuatan membahayakan nyawa dengan duduk bersantai di luar balkoni tingkat enam sebuah pangsapuri. Tindakan itu mencetuskan kemarahan warganet kerana boleh mencetuskan kejadian tidak diingini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here