Pemandu lori lacur isteri dipenjara 33 tahun

Seorang bapa yang merogol dan melacurkan anak perempuan dan isterinya kepada warga asing dijatuhkan hukuman penjara 33 tahun.

Pemandu lori, Teoh Ewe Keat mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen Klang (ATIPSOM) pada 8 Februari 2021.

Selain itu tertuduh juga didenda RM20,000 atas kesalahan melacurkan isteri dan anaknya yang di bawah umur.

Hakim Mahkamah Seksyen Klang (ATIPSOM), Roszianayati Ahmad berkata, Ewe Keat dijatuhkan hukuman 15 tahun bermula tarikh tangkapan dan RM10,000 pampasan atas kesalahan melacurkan isteri dan sekiranya gagal membuat bayaran pampasan, tambahan enam bulan penjara akan dijatuhkan.

Bagi kesalahan melacurkan anak bawah umur, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dari tarikh tangkapan dan bayaran RM10,000 pampasan.

Sekiranya gagal membuat bayaran pampasan, tambahan enam bulan penjara dikenakan ke atas Ewe Keat.

Kedua-dua hukuman akan dijalankan secara berasingan yang menjadikan keseluruhan hukuman penjara selama 33 tahun.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Zaid Mohd Hassan yang memaklumkan keputusan mahkamah itu berkata: “Orang ramai diseru untuk terus melaporkan kepada pihak polis berhubung kejadian sebegini agar pesalah-pesalah ini dapat dihadapkan ke muka pengadilan dan mendapat hukuman yang sewajarnya.

 “Pihak Polis sekali lagi ingin menegaskan kepada orang ramai bahawa perlakuan jenayah atas kesalahan ATIPSOM merupakan kesalahan yang serius dan akan diambil tindakan yang tegas disisi undang-undang,” katanya.

Pada 11 Julai lalu, polis Kajang menerima aduan dari seorang wanita Cina yang mendakwa anak saudaranya dirogol dan dilacurkan oleh bapa kandungnya, seorang pemandu lori berusia 44 tahun.

Dalam kejadian ini, mangsa merupakan seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun dan siasatan lanjut mendapati suspek turut melacurkan isterinya yang merupakan seorang jurujual di sebuah pasaraya yang berusia 38 tahun.

Suspek didakwa melacurkan isteri dan anaknya itu secara paksaan di rumahnya disebuah kondominium di Hulu Langat kepada pelanggan yang terdiri daripada 10 warga Bangladesh dan seorang warga Pakistan berusia antara 29 hingga 35 tahun dan mereka yang terlibat ditahan polis.

Siasatan yang dijalankan membawa kepada pertuduhan ke atas Ewe Keat atas kesalahan melacurkan isteri dan anak dibawah Seksyen 13(b) & 14 Atipsom di Mahkamah Seksyen Klang pada 6 Ogos lalu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here