Muhyiddin Terima Suntikan Vaksin Pada 26 Februari

Vaksin Pfizer-BioNTech akan sampai di Malaysia pada 21 Februari 2021. Roll-out pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan bermula pada 26 Februari 2021.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terima suntikan vaksin Covid-19 pada hari pertama pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19, 26 Februari ini.

Bagi petugas barisan hadapan, kumpulan berisiko tinggi, golongan dewasa 18 tahun ke atas akan terima vaksin secara berfasa.

Katanya dalam satu sidang media, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mengandungi tiga fasa. Fasa Pertama akan melibatkan petugas barisan hadapan, bermula pada 26 Februari sehingga April 2021.

Fasa Kedua akan bermula pada bulan April sehingga Ogos 2021 dan akan melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi. Fasa Ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula dari bulan Mei 2021 sehingga Febuari 2022.

Jelasnya lagi, vaksin ini penting bagi lindungi diri, orang tersayang dan orang sekeliling.

Vaksin Covid-19 adalah antara sinar harapan negara paling utama untuk menang dalam perang melawan Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here