MENTERI Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa memberi keterangan selama tiga jam berhubung tuduhan bahawa beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.
Annuar berkata, beliau memberikan kerjasama kepada pihak polis berhubung dakwaan itu bagi membolehkan pihak berkuasa menggumpulkan maklumat yang diperlukan.
“Hampir tiga jam beri kenyataan kepada polis. Berpeluang bercerita di sebalik sekeping foto yang tular. Ada yang ingat saya “dining”, ada yang ingat majlis makan makan.Macam-macam.
“Biarlah polis kumpul maklumat dari semua pihak secara telus. Kita berikan segala kerjasama yang diperlukan kerana itu tanggungjawab kita.
“Ini antara “walkabout” harian saya yang tiba-tiba mendapat perhatian,” kata Annuar.