Poca perlu bagi kekang jenayah terancang

Kuala Lumpur, Okt 25.
Ketiadaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) menyukarkan polis menyiasat jenayah terancang, menurut pegawai penguat kuasa undang-undang dan penganalisis keselamatan.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain baru-baru ini dipetik Berita Harian menggesa Poca dikuatkuasakan kembali bagi membolehkan polis menangani aktiviti jenayah seperti itu, termasuk perjudian dalam talian, dengan lebih berkesan.

Penganalisis jenayah Mizan Aslam berkata, kuasa polis dipertingkatkan dalam Poca penting disebabkan kesukaran yang timbul akibat operasi rentas sempadan rangkaian jenayah, serta eksploitasi teknologi.

Polis (selalunya) memerlukan masa untuk (menyiasat) hubungan dan rangkaian jenayah. Segelintir dalang beroperasi di luar negara katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here