Penduduk di tepi Sungai Kelantan di Bandar Pasir Mas, di sini dikejutkan dengan runtuhan tebing Sungai Kelantan awal pagi tadi.
Kejadian sekitar jam 5.30 pagi itu mengakibatkan beberapa buah rumah runtuh.
Difahamkan runtuhan itu melibatkan jarak 100 meter.
Tinjauan mendapati pihak berkuasa sudah mengeluarkan arahan supaya penduduk segera berpindah.