Jika JK Pilihan Khas boleh bersidang, Rina boleh dipanggil kerana buat kerja sambilan

Cadangan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said agar Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ada sekarang digantung dan diganti dengan ‘Kabinet Khas Darurat’ di sokong.

Begitu juga cadangan Azalina agar Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berfungsi ketika darurat.

Namun begitu, kata anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi, cadangan ini tidak boleh berjalan kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 “Inisiatif Azalina wajar dipuji dan disokong. Tetapi kuncinya ialah PM. Muhyiddin yang mengkucar-kacirkannya,” tulis Puad ketika menyokong cadangan Azalina itu.

Menurut Puad, jika cadangan Azalina agar Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berfungsi, banyak perkara boleh dibincangkan bagi membentulkan kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan sekarang.

Sekarang ini, kata Puad, “Eksekutif” termasuk Jamaah Menteri terlalu bebas mentadbir negara dan tiada pertanggungjawaban Parlimen.

“Siapa boleh persoal bila kuarantin menteri balik dari luar negara dikurangkan kepada 3 hari dari 10?

“Agaknya itu sebab Rina Harun boleh buat kerja sambilan dan pejabatnya jadi tempat sesi fotogarfi menjadi model.

“Kalau ada Select Committee, Rina mungkin dihadapkan ke Jawatankuasa Pilihan Khas,” kata bekas Ketua Pengarah Jasa, agensi propaganda kerajaan BN dahulu.

Azalina telah menghantar surat kepada Peguam Negara bagi membuat cadangan itu. 

“Memang salute kepada Datuk Azalina. Pertama menyatakan pendirian tegas bahawa legislatif lumpuh bila Parlimen digantung.

“Kedua, Azalina hantar surat kepada Peguam Negara dengan peringatan, tugas Peguam Negara ialah menjadi penasihat perundangan yang bebas kepada Kerajaan.

“Peguam Negara mesti tidak takut dan tidak memihak. Mesti saksama (impartial). Justeru dia mahu AG beri nasihat perundangan yang telus kepada Perdana Menteri.

“Beranikah AG? Semoga TS Idrus Harun ada hati nurani yang kuat. Kita tidak mahu Tommy Thomas 2.0,” kata Puad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here