Kes abai budak naik 3 kali ganda

Kuala Lumpur, Mei-
Kes pengabaian ka­nak-kanak mencapai tahap membimbangkan dengan peningkatan hampir tiga kali ganda dalam tempoh lima tahun lalu, kata Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Che Murad Sayang Ramjan.

Rekod JKM menunjukkan 1,618 kes pengabaian kanak-kanak pada 2020 mening­kat kepada 4,126 kes tahun lalu.

Seksyen 17 17(1)(d) Akta Kanak-kanak 2001 menya­takan pengabaian kanak-kanak merujuk kepada tidak menyediakan keperluan asas (makan minum, tempat tinggal, pakaian, kasih sayang dan pendidikan) serta boleh mendedahkan mereka kepada bahaya, termasuk mengancam nyawa.

Sepanjang tempoh itu, sebanyak 31,247 kes perlindungan dan pemeliharaan kanak-kanak termasuk pengabaian, dengan lebih 64% mangsa terdiri daripada perempuan, manakala 9,365 kes penderaan seksual direkodkan dengan ter­tinggi pada 2023 sebanyak 2,523 kes.

Che Murad berkata, antara faktor pe­ningkatan kes pengabaian dan penderaan kanak-kanak disebabkan tiada keseda­ran, takut melaporkan kes, stigma negatif dan kurang maklumat.

“Ini berlaku kerana masalah sosial, termasuk ekonomi yang menghimpit masyarakat kita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here