Perseverance NASA berjaya membuat pendaratan bersejarah di Marikh

Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) berjaya mendaratkan kenderaan robotik di Marikh dalam usaha mengesan kehidupan di planet tersebut.

Kenderaan yang dinamakan Perseverance itu merupakan robotik ketiga yang mendarat di planet merah itu.

Robot enam roda bernilai AS$2.7 billion itu dilengkapi pelbagai peralatan sainstifik termasuk dron mini seberat 1.8 kilogram, dua kamera, komputer dan sensor navigasi serta sel solar.

Kenderaan robot itu melakukan pelayaran di angkasa lepas buat hampir tujuh bulan, meliputi jarak 472 juta kilometre (km) sebelum menembusi atmosfera Marikh pada 19,000km sejam bagi memulakan pendaratan di permukaan planet berkenaan.

NASA merancang untuk melakukan sehingga lima penerbangan secara berperingkat pada beberapa bulan pertama misi tersebut.

Misinya bagi mencari dan membawa pulang sampel geologi yang mungkin dapat memberi petunjuk asal usul kehidupan dalam masa 10 tahun.

Ia merupakan misi paling berisiko yang pernah dilakukan NASA.

Menurut NASA, jika misi berjaya, ia akan membuka dimensi baharu penerokaan Marikh.

Dua misi NASA ke Marikh seterusnya dirancang untuk mengambil sampel dan mengembalikannya ke NASA pada dekad berikutnya.

Pada 2012, misi sebelum Perseverance yang dikenali sebagai Rover Curiosity membuat pendaratan dan terus beroperasi.

Selain itu, Lander InSight yang mendarat di planet tersebut pada 2018 masih mengkaji bahagian dalaman Marikh.

Pada minggu lalu, kapal angkasa yang dilancarkan Emiriah Arab Bersatu dan China masing-masing tiba di orbit Marikh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here