13 maut kenderaan SUV dilanggar trak

Sekurang-kurangnya 13 orang maut di selatan California kelmarin apabila sebuah kenderaan penuh dengan penumpang berlanggar dengan sebuah trak besar dalam “keadaan huru-hara” berhampiran sempadan Mexico, menurut pegawai.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis SUV membawa lebih dua do-zen orang, termasuk bawah umur, dilanggar sebuah trak penuh dengan batu kelikir berhampiran El Centro, California, menurut Judy Cruz, seorang pegawai dari Pusat Perubatan Wilayah El Centro.

Kawasan itu adalah jalan masuk utama imigran Mexico dan pekerja ladang yang mahu ke utara untuk pusat pertanian California tetapi pegawai berkata, ia masih tidak diketahui jika penumpang adalah imigran.

“Masih terlalu awal dalam siasatan untuk mengatakan apa yang mereka lakukan dan mereka datang dari arah mana,” kata Omar Watson dari Peronda Lebuh raya California pada taklimat media kelmarin.

Seramai 25 orang termasuk seorang pemandu bergerak dalam kenderaan SUV pada masa kemalangan, kata beliau pada awal hari yang sama.

“Kami mempunyai 12 kematian di tempat kejadian, seorang maut di hospital untuk jumlah keseluruhan 13 kematian,” kata beliau. Antara yang mati adalah pemandu SUV berusia 22 tahun.

Bagaimanapun, Pusat Per-ubatan El Centro melaporkan 15 orang mati dan kenderaan SUV itu telah dipenuhi 28 orang.

Kenderaan SUV itu hanya mempunyai kapasiti sah lapan orang, menurut laman sesawang pembuat kenderaan SUV Ford Expedition itu.

Imej kemalangan menunjukkan trak merempuh bahagian tepi SUV yang kelihatan mempunyai plat nombor pendaftaran California.

Menurut Watson, kemala-ngan berlaku apabila SUV memasuki persimpangan di hadapan trak, walaupun ia tidak diketahui sama ada kenderaan lebih kecil ada berhenti pada papan isyarat berhenti.

“Ada orang tercampak keluar ke tepi jalan, di atas jalan, yang mati kerana kecederaan seperti itu,” kata Watson. “Yang lain ditemui mati dalam kenderaan.”

Pada sidang media sebelah petang hari yang sama, Watson menggambarkan kawasan kemalangan sebagai “huru-hara”.

Bahagian hadapan trak kelihatan tidak rosak tetapi SUV, walaupun masih de-ngan empat tayar, kelihatan rosak teruk.

Watson juga berkata, ada kanak-kanak dalam kende-raan SUV tetapi kami belum mengetahui usia mereka setakat ini,” sebelum beliau menjelaskan mereka “bukan kanak-kanak muda.”

Mereka yang mati adalah lingkungan usia 20 hingga 55 tahun tetapi sekurang-kurangnya seorang yang cedera berusia 16 tahun.

Yang cedera, termasuk pemandu trak berusia 69 tahun,  yang mengalami kecederaan sederhana serius, dikejarkan ke beberapa hospital di mana mereka dirawat untuk kece-deraan kecil hingga sangat serius, kata Watson.

Kemalangan berlaku sekitar jam 6 pagi waktu tempatan di laluan State Route 115 berhampiran bandar Holtville, 10 batu utara Mexico.

Kemalangan juga berlaku bukan kerana dikejar Peronda Lebuh raya, kata Watson sambil menambah, “Kami tidak tahu punca sebenar kemalangan itu tetapi tiada penguatkuasa undang-undang yang terlibat.”

Kemalangan melibatkan angka kematian yang tinggi bukan sesuatu yang luar biasa di sepanjang sempadan California-Mexico ketika dikejar pihak berkuasa sempadan Amerika Syarikat. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here