Find X3 Pro Dilancar, Ini Spesifikasi Penuh

Siri Find X adalah merupakan barisan telefon andalan dan antara yang terbaik dalam ‘keluarga’ OPPO. Kini, Find X3 Pro secara rasmi membuat penampilan global.

Sesuai dengan nama yang dibawa, versi Pro hadir dengan spesifikasi yang terbaik buat peminat-peminatnya.

Sebelum kita bercakap tentang spesifikasi dalaman, Find X3 Pro pada kali ini membawakan satu keunikan dalam arena telefon pintar iaitu dilengkapi paparan dengan format warna 10-bit DCI-P3.

Ia mempunyai keupayaan untuk mengambil, menyimpan dan memaparkan warna dalam bentuk 10-bit yang mana ketepatan warna dihasilkan lebih menyerlah.

Berkait dengan paparan Find X3 Pro tampil dengan skrin melengkung berukuran 6.7 inci beresolusi QHD+. Ia juga menyokong kadar penyegaran 120Hz, HDR10+ serta kecerahan sehingga 1300 nits.

Sistem kamera belakang, Find X3 mempunyai tetapan kuad-kamera dimana 50MP utama, 50MP ultra-lebar, 3MP Mikroskop dan 13MP telefoto. Kedua-dua kamera utama menggunakan sensor Sony IMX 766. Manakala hadapan adalah 32MP.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here