Ejen loteri haram dicekup

Seorang lelaki disyaki ejen loteri awam tanpa lesen diberkas dalam Op Dadu di pasar Bau pada Ahad. 

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, suspek berusia 39 tahun ditangkap sekitar jam 10 pagi. 

“Pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau membuat serbuan dan telah menangkap seorang lelaki yang disyaki sedang menjalankan aktiviti loteri awam tanpa lesen di pasar berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, polis turut merampas seunit telefon pintar dan wang tunai berjumlah RM732. 

Jelas Poge lagi, suspek yang ditangkap tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. 

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here