Terbabas sebelum tercampak

Gombak: Lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di kilometer 445.9 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Rawang, di sini, hari ini. Mangsa, Anthony Raj Dickson Perera, 41, disahkan maut selepas tercampak ke kiri laluan lebuh raya berkenaan dalam kemalangan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala serta badan. Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan sebelum terbabas.

Mangsa yang tercampak disahkan maut oleh pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh (HSB) di lokasi kejadian. Mayat kemudian dihantar ke HSB untuk bedah siasat dan diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian, katanya hari ini.

Beliau berkata, polis kini mengesan saksi kejadian untuk membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Katanya, orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor ditalian 017-6645812.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here