Wanita Sambut Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-118, Dilapor Wanita Tertua Di Dunia

 

Seorang wanita diiktirafkan oleh Guinness World Records sebagai wanita tertua di dunia di mana dirinya didakwa telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-118 pada hari Sabtu yang lalu.

Menurut laporan, wanita yang bernama Tanake Kane dilahirkan pada 2 Januari 1903 telah menyambut ulang tahunnya di pusat jagaan di Kota Fukuoka di barat Jepun.

Seorang kakitangan mengatakan bahawa wanita tersebut menyambut sambil bertepuk tangan setelah diberi ucapan tahniah oleh pengasuhnya. Walau begitu, dirinya tidak berpeluang untuk bertemu dengan saudara-maranya kerana wabak pandemik yang melanda di negara berkenaan.

Gambar via Japan Times

Tanaka dimaklumkan berada dalam keadaan sihat kerana mampu makan tiga kali sehari dan sentiasa menghabiskan waktu dengan melakukan senaman. Bahkan, dirinya juga didakwa mempunyai selera makan yang kuat seperti suka makan coklat dan juga minum minuman bersoda.

Bagaimanapun, Tanaka memaklumkan bahawa dirinya merancang untuk kekal sihat sehingga umurnya mencecah 120 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here