Isu ‘taik mesin’ perlu diselesaikan

Pelbagai program advokasi telah dimulakan untuk menggalakkan pengusaha jentuai dan kenderaan membajak di Perlis agar lebih bertanggungjawab dalam menguruskan isu bongkah tanah atau ‘taik mesin’ yang ditinggalkan di atas jalan raya, setiap kali musim menuai dan menanam padi.

Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Perlis Hamizan Hassan berkata bongkah lumpur yang dibiarkan di atas jalan raya itu amat membahayakan keselamatan pengguna jalan raya dan semua pihak perlu terlibat bagi menyelesaikan kemelut ini.

“Salah satu jalan penyelesaian bagi masalah ini ialah pengusaha jentuai dan kenderaan membajak perlu segera membersihkan ‘taik mesin’ agar ia tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here