PRU-15: Gandingan Pas, Umno, Bersatu dapat menang 149 kerusi

Gandingan Umno, Bersatu dan Pas mampu memenangi 149 kerusi parlimen di kawasan majoriti Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Keyakinan itu disuarakan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, sekiranya ketiga-tiga parti orang Melayu itu kekal bergabung menghadapi PRU15.

Annuar berkata, sebarang permuafakatan yang dibentuk ketika mengambil alih kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH) itu kekal, ketiga-tiga parti berpotensi untuk memenangi semua kerusi majoriti Melayu pada PRU-15.

“Kita ada 222 kerusi Parlimen, termasuk 31 di Sarawak. Kawasan berpotensi ditandingi BN dan rakan lain ada 191 kerusi, namun kawasan majoriti Melayu mempunyai 149 kerusi,” katanya.

“Di 149 kerusi ini, kalau ada permuafakatan serta tidak berpecah, kita berpotensi untuk memenangi semuanya.

“Jadi, formula kemenangan sudah ada dalam kerajaan hari ini,” katanya dalam wawancara.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu yakin isu pembahagian kerusi di 149 parlimen itu boleh diatasi dengan siri rundingan yang baik.

Annuar menegaskan, secara asasnya kesemua 55 kerusi yang dimenangi Umno pada PRU-14 perlu kembali ditandingi parti berkenaan namun ia masih terbuka untuk sebarang rundingan.

“Ada lagi 11 kerusi yang Umno mendapat undi lebih tinggi daripada Pas. Pas pula mempunyai enam kerusi yang memperoleh lebih banyak undi daripada Umno,” katanya.

“Justeru, Pascboleh memenangi 25 kerusi dan Umno  boleh memenangi 66 kerusi. Masih belum habis, ada kerusi lain yang boleh dipertimbangkan kepada Bersatu. Yang pasti muafakat membawa kejayaan, itu masih boleh diusahakan,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here