Usah sebar gambar, video pelajar maut dilanggar, kata SKMM

Kuala Lumpur, Dis 19.
Sebarang perkongsian gambar atau kandungan berkaitan kes kemalangan membabitkan seorang pelajar Tingkatan 5 di Meru, Ipoh, Jumaat lalu boleh dikenakan tindakan, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

SKKM mengingatkan orang ramai tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, selain menekankan pentingnya menghormati mangsa dan keluarga, serta pada masa sama menunjukkan empati yang tinggi.

Jika sudah memuat naik atau berkongsi gambar atau video daripada kejadian berkenaan, orang ramai dinasihatkan untuk menurunkan hantaran atau memadam kandungan berkenaan.

Selain itu, semua pihak turut dinasihati tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes masih dalam siasatan pihak berkuasa, katanya dalam kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here