NGO buat laporan polis wanita hasut agama

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung kenyataan hasutan ke atas agama Kristian oleh seorang wanita dari Semenanjung Malaysia, seperti yang tular di Facebook baru-baru ini.

Kesemua laporan dibuat di Balai Polis Kota Sentosa hari ini, oleh Persatuan Adat Asal Bidoyoh, YATT Society, SMETAP Society, Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA), Dayak Bukit Kelingkang, Persatuan Kebajikan Dayak dan Pertubuhan Hak Asasi Sumber Alam.

Menurut Setiausaha Persatuan Adat Asal Bidoyoh Alim Mideh, laporan dibuat bagi mendesak polis menyiasat wanita berkenaan dan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.

“Kami berpendapat wanita ini adalah penghasut, dengan membangkitkan rasa takut di kalangan masyarakat Kristian.

“Dia juga berniat menimbulkan ketegangan kaum di negara kita yang aman ini,” katanya yang ditemu-bual, semalam.

Alim turut menyifatkan tindakan wanita itu sebagai Rukun Negara dan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang meletakkan Sarawak tidak mempunyai agama rasmi.

Beliau menambah wanita itu juga tidak hormat dengan agong dan mahkamah Malaysia, dan seharusnya disiasat di bawah Akta Hasutan agar tidak lagi menghancurkan keamanan negara yang majmuk.

“Kami dengan ini mendesak seluruh bangsa Sarawak untuk tampil membuat laporan polis terhadap penghasut ini demi Persekutuan Malaysia yang lebih harmoni,” katanya.

Dalam video yang tular di laman sosial baru-baru ini, wanita terbabit telah mengatakan ingin memusnahkan gereja serta menghancurkan umat Kristian di negara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here