Kanak-Kanak Meninggal Dunia Ditinggal 4 Jam Dalam Kereta

Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas empat jam ditinggalkan di dalam kereta di sebuah tadika pada Selasa lalu.

Susulan daripada itu, laporan hari ini mengatakan bahawa seorang pengetua tadika ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian kematian seorang kanak-kanak berusia 4 tahun itu.

Memetik daripada laporan berita mengatakan bahawa mangsa mengikuti pembelajaran sejak tahun lalu dan dijemput oleh kakitangan tadika di rumah yang terletak tidak jauh dari tadika tersebut.

Menurut ibu mangsa kepada pemberita mengatakan bahawa anaknya seroang yang ceria di rumah namun sejak kebelakangan ini mangsa agak pendiam berada di sekolah. Malahnya ibu mangsa menyerahkan kes ini kepada pihak polis mengikut prosedur sekiranya berlaki kecuaian atau unsur jenayah. Ia tertakluk pada bedah siasat yang dilakukan.

Proses bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada Rabu. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solitih Sungai Petani selepas selesai bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata suspek berusia 49 tahun itu akan direman selama tiga hari.

Dalam kejadian itu, mangsa telah dijemput dari rumah pada pukul 7.45 pagi bagaimanapun, pihak tadika menyedari mangsa tiada di dalam kelas ketika sesi pulang. Pemerikasaan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring serta tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang.

Polis juga telah merampas kunci dan sebuah kereta bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here