BINTANG TIKTOK DISERET, SEHINGGA PAKAIAN WANITA KOYAK RABAK

Lahore, Ogos 21-

Seorang bintang TikTok diseret, diraba dan dipukul oleh ratusan lelaki semasa sambutan Hari Kemerdekaan di Taman Lahore.

Rakaman video menunjukkan serangan ganas itu melibatkan 400 lelaki yang sedang berhimpun di kawasan itu sehingga menyebabkan pakaian wanita itu koyak rabak.

Mangsa melaporkan kes itu kepada polis ketika dia bersama enam rakan yang lain pergi ke monumen di Minar e-Pakistan untuk merakam video sempena peristiwa bersejarah dalam media sosial.

Serangan itu dapat dilihat dengan jelas apabila wanita itu ditarik ke tengah-tengah kawasan orang ramai yang sedang berkerumun.

“Himpunan itu sangat besar dan orang ramai semakin dekat menghampiri kami. Mereka menolak dan menarik saya serta mengoyakkan baju.

“Beberapa orang cuba menolong saya, tetapi kawasan itu terlalu sesak dan mereka turut melambungkan saya ke udara,” luah wanita itu dalam aduan seperti dilaporkan media Pakistan.

Menurut mangsa, barang kemas miliknya turut dicuri dan telefon bimbit serta kad pengenalan rakannya turut dikebas.

Pihak polis sedang menyiasat kes tersebut dan suspek akan dikesan dengan bantuan rakaman imej tersebut.

“Individu yang mencabul kehormatan wanita perlu dibawa ke muka pengadilan,” tegasnya.-AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here