Haramkan jual telur penyu

Kerajaan Terengganu pimpinan Pas bakal mengharamkan sepenuhnya penjualan telur penyu di negeri ini bagi memastikan spesies itu terus terpelihara, kata Exco kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, larangan itu akan terpakai selepas Enakmen Pemuliharaan Penyu 1951 (Pindaan 1987) dipinda dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) November depan.

“Enakmen sedia ada tidak melarang penjualan telur penyu. Sebelum ini, larangan hanya melibatkan telur penyu belimbing tetapi spesies lain (agar, lipas dan karah) dibenarkan menyebabkan ia dijual secara terbuka termasuk di Pasar Payang, Kuala Terengganu

 “Sebelum ini juga kadar hukuman terlalu rendah dan tidak mampu berfungsi sebagai enakmen yang mampu mencegah dan menakutkan,” ujarnya sebagaimana dilaporkan media di Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Pemuliharaan Penyu di Pantai Mak Kepit, Pulau Redang, di sini semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here