45 maut dalam rempuhan Tanzania

Polis Tanzania sahkan 45 orang terbunuh dalam kejadian rempuhan di Dar es Salaam.

Kejadian berlaku ketika ribuan penduduk berhimpun di sebuah stadium bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Presiden John Magufuli.

Kata Ketua Polis, Dar es Salaam, Lazaro Mambossa, ketika kejadian, ramai yang cuba memasuki stadium dengan ada segelintirnya tidak sabar untuk memberi penghormatan mereka.

“Terlalu ramai yang berebut-rebut untuk memasuki stadium, malah ada yang tidak sabar hingga berlaku rempuhan yang mengakibatkan 45 individu maut,” katanya.

Mambossa menambah, mereka cuba merempuh masuk menyebabkan ramai terhimpit dan menyebabkan 45 orang maut.

Pada masa sama, berpuluh-puluh individu lain turut cedera dalam rempuhan itu, namun sudah dibenarkan keluar dari hospital.

Terdahulu, John Magufuli meninggal dunia di Dar es Salaam pada usia 61 tahun akibat komplikasi jantung.

Susulan itu Tanzania berkabung selama 14 hari dengan bendera dikibarkan separuh tiang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here