Hanya Malaysia gantung sidang Parlimen kerana Covid-19 – Najib

Malaysia adalah satu-satunya negara yang menggantung persidangan Parlimen dengan memberi alasan penularan Covid-19.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia merupakan alasan yang teruk dan tidak masuk akal.

 “Kerajaan kini (Perikatan Nasional) telah memberikan alasan kononnya ramai wakil rakyat yang terlalu tua sehingga terpaksa menggantung sidang Parlimen berjalan seperti sedia kala.

“Alasan ini diberikan walaupun Yang DiPertuan Agong (YDPA) telah bertitah supaya sidang Parlimen diteruskan ketika darurat melawan Covid-19,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan penutup pada Forum Demokrasi Malaysia anjuran Institut Strategi Antarabangsa (ISI) yang bertemakan ‘Merangka Masa Depan Demokrasi Parlimen di Malaysia’ di sini, hari ini.

Tambah beliau, UMNO dan Barisan Nasional (BN) menggesa untuk membubarkan Parlimen dan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.

“Namun ia ditolak sehingga memaksa kita untuk menyokong kerajaan kini untuk setahun dengan syarat apabila tiba masanya perlu segera mengadakan pilihan raya,” ujarnya.

Bagaimanapun, menurut Najib, kerajaan telah gagal menepati janji dan kini negara pula yang berada dalam darurat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here